Dia seorang wanita yang sudah tua,
namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap
tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang
sekitarnya. Maklum-lah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang
pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita
itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang
Arab.
Dia pernah bersyair mengenang kematian
saudaranya yang bernama Sakhr:
“Setiap mega
terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih
teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.
Kalaulah tidak
kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka,
nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa
masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk
menye-marakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera
yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian
kesemua puteranya itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan
kepentingan Islam.
Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan
cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada
putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai
anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah
dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya
kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku
tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara
maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah
mengubah perhubun-gan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah
bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”
Kemudian Khansa membacakan satu ayat
dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang beri-man! Sabarlah, dan
sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah
kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera
Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya
Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan
selamat, maka ke-luarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah
semua pengalamanmu dan mohonlah per-tolongan dari Allah. Jika kamu melihat api
pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperan-gan yang sedang
bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi
perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di
kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah
berada di tikar sholat masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu
solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan
arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu
lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran
besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah
200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin
akan pertolongan Allah.
Putera-putera Khansa maju untuk merebut
peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka
tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang
di antara mereka bersyair:
“Hai
saudara-saudaraku!
Ibu tua kita
yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan
nasihat.
Semua mutiara
yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah
akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia
maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua
maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api
ia bersyair:
“Demi Allah!
Kami tidak akan
melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya
wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah
bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh bersama-sama
Sehingga kau
lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa
yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil bersyair:
“Sungguh ibu
tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah
menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat
seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera
memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan
kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah
kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali
anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk
menaikkan semangatnya ia pun bersyair:
“Bukanlah aku
putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula
kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya,
dan mus-nah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa
dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibondanya
yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada
mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi menggunakan tentera
bergajah di barisan hadapan, semen-tara tentera pejalan kaki berlindung di
belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan
gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang
cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak
tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini
dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya merekapun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari
200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan
diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam
yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui sya-hid di medan Kadisia itu
berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syhuhada itu
terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.
Seketika itu juga ramailah tentera
Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat anaknya
telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan
hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan:
“Segala puji
bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku
mengharapkan dari Tu-hanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat
tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah
bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan ma-yat
putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu
pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya
ibu kepada orang-orang yang mati syahid.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar